Thursday, May 19, 2011

Program TeSSDE: MIGHT dengan kerjasama JobsMalaysia untuk Graduan

JobsMalaysia dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology(MIGHT) menjayakan Program Technology Specialist in Specific Domain Expertise (TeSSDE) yang melibatkan syarikat antarabangsa dan terkemuka.

adakah anda menepati kriteria yang kami cari?...

Malaysian Industry-Goverment Group for High Technology (MIGHT) adalah syarikat bukan berorientasikan keuntungan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993 sebagai Penasihat berkenaan Sains dan Teknologi kepada kerajaan dan sektor swasta.

Program Technology Specialist In Specific Domain Expertise (TeSSDE) dijalankan atas kerjasama JobsMalaysia-Industri-Jabatan Perdana Menteri-Universiti dan MIGHT untuk melahirkan jurutera mahir dan pakar dalam semua bidang kejuruteraan yang ditawarkan. Program ini hanya memilih 675 orang peserta terbaik seluruh negara. Anda akan disaring oleh pihak MIGHT dan juga Syarikat yang menyertai. Selepas program anda akan terus diserap di syarikat yang terpilih. Sila berpakaian kemas dan membawa resume anda.

JobsMalaysia dengan sukacitanya menjemput anda ke Program Pemilihan Terbuka bagi menyertai program TeSSDE seperti di bawah:

Tarikh: 28 Mei 2011 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Pusat JobsMalaysia Cyberjaya, Unit W001, Tkt. Bawah, Blok 3440, Enterprise Building1 (EB 1), Jln Teknokrat 3, Cyberjaya, Selangor . Koordinat GPS "2.923411, 101.655883"

KERJAYA IDAMAN ANDA BERMULA DI SINI.


OBJEKTIF:

1. Melahirkan jurutera terlatih serta mahir dalam industri tertentu di Malaysia.

2. Melahirkan graduan-graduan baru Malaysia menjadi jurutera mahir dan pakar dalam bidang-bidang tertentu.

3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam membantu Malaysia mencapai tahap pekerja berpendapatan tinggi pada 2020.


Tempoh Program

Program dijalankan selama setahun (12 Bulan).


Pemilihan

Dilaksanakan oleh industri dan MIGHT.


Konsep Program

4 bulan (Jati diri, kelas, tutorial, seminar..etc)
8 bulan (Latihan di Industri bersama Jurutera terlatih dan mahir)


Elaun semasa program

RM 500.00 - Dana Kerajaan &
RM 1,000.00 - minimum (bergantung pada industri)



Makan dan Penginapan:

Tidak Disediakan


Program Ditawarkan

16 Program di tawarkan yang merangkumi 4 bidang utama:

1. Marine
2. Product & Design Engineering
3. Oil & Gas
4. Green Tech/ Manufacturing
5. Communication Engineering


Tarikh Latihan Bermula

Pertengahan Jun 2011


Kelayakan

1. Terbuka kepada graduan ijazah yang berkaitan dengan kejuruteraan dengan CGPA 2.75 ke atas.
2. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris
3. Berminat untuk menjadi jurutera profesional dalam bidang yang di pilih.
4. Keutamaan kepada graduan IPTA (IPTS juga digalakkan).
5. Pemegang biasiswa JPA & MARA juga boleh memohon untuk menyertai program ini.
6. Umur tidak lebih 30 tahun (Graduan Tahun 2010 dan 2011 diutamakan)


Syarikat Yang Menyertai:

1. DK Composite Sdn. Bhd
2. CTRM
3. Silterra (M) Sdn Bhd
4. Petra Perdana
5. Kencana Petroleum Berhad
6. Globetronic technology Berhad
7. DSEM
8. Dominant (semi-con)
9. DreanEDGE Sdn Bhd
10.TM (Telekom Malaysia)
11.Bousted Holdings Berhad
12.Gas Malaysia Berhad
13.Shapadu
14.Malaysia Airports Holding
15.SHELL
16.Perodua
17.Kencana Petroleum Berhad
18.Continental Sime Tyre Sdn Bhd
19.Permintex Sanko Technologies Sdn Bhd
20.Boh Malaysia
21.The Armour Factory



JobsMalaysia.gov.my | Kementerian Sumber Manusia

Telefon: 03 - 8320 2713 / 4 / 5 | Faks: 03 - 8320 2661
laman web : www.jobsmalaysia.gov.my

emel : jobsmalaysia.custservice@mohr.gov.my

No comments: